Sabtu, 11 Disember 2010

BMM3105-UJIAN AMALI

Alhamdulillah..pada  2.30 ptg. 9 Disember 2010 yang lalu seramai 25 pelatih PGSRBM IPG Kampus Ipoh telah menduduki Ujian Amali P&P BM berbantukan komputer..selama 3 jam di Makmal Bahasa kampus. Rasa macam nak beku jari jemari menekan segala butang di papan kekunci untuk menyempurnakan tugasan. Walaupun pada dasarnya subjek ini hanya memerlukan asas kemahiran komputer namun hakikat sebenarnya tidak begitu. Ini terbukti kerana bagi seorang aku yang memegang laptop kali pertama dan menggunakannya pada Disember 2008, ini bukan calang-calang ujian...Ia memerlukan kepakaran IT yang tinggi untuk menghasilkan sebuah tapak pembelajaran interaktif yang menggabungjalinkan IT dan Bahasa Melayu. Biarpun aku berjaya menghasilkan klip video tugasan dengan sendiri, namun aku tidak mampu menyempurnakan tugasan amali ini kerana aku bukan sahaja baru berjinak-jinak dengan segala keunikan IT bahkan juga baru mengenali P&P Bahasa Melayu. Bagi rakan-rakan yang jelas mengeluh dengan amali ini..moga setiap usaha kita membawa markah lulus..! Bagi yang cemerlang...tahniah! Walau apapun, aku tetap bersyukur kerana subjek BMM3105 telah menjadi satu wadah yang mendekat dan memesrakan aku dengan dunia IT. Terlalu banyak yang aku pelajari dari tunjuk ajar para pensyarah dan juga sahabat-sahabat karib.Aku mula CELIK IT! TERIMA KASIH!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan