Selasa, 23 November 2010

Apa itu kejayaan..buatku!

Alhamdulillah,..kini aku berada dihujung Semester 4, Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah jurusan Bahasa Melayu di IPGM kampus Hulu Kinta. Bagiku , ini suatu kejayaan setelah 21 tahun mengajar. Biarpun mungkin sudah agak lewat, aku tetap bangga apabila terpilih memasuki program ini. Kejayaan..biarpun ijazah yang diimpi masih jauh untuk dijangkau! Masih ramai guru-guru di luar sana yang belum mendapat tempat untuk menyambung pengajian demi seruan kerajaan yang mahukan pendidikan di Malaysia diterajui oleh golongan pendidik yang berijazah! Untuk sampai ke tahap ini, hanya mereka yang telah melaluinya dapat menilai.. Bagi anak-anak yang juga sedang bergelut dengan kuliah, buatlah sehabis baik kerana ibu telah buktikan, ibu berjaya!.Sebagai guru..anak-anak didik di universiti telah membuktikan! Sebagai ibu.. anak2 ibu juga dah 3 orang di IPTA & IPTS..dan seorang lagi sedang berjuang dengan SPM.Sementara si puteri tunggal, akan menduduki UPSR 2011. Sebagai seorang anak.. ibu akan selalu berdoa utk kedua orangtua yang telah kembali ke rahmatullah.Sebagai isteri, rasanya abah lebih mengetahui, paling tidak,ibu berjaya hadiahkan dia dengan anak2 yang disayangi, dibanggai, dirinduinya selalu.Sebagai hamba Allah..itu masih ibu terus perjuangkan..tp anak2 n suami mungkin boleh menilai kejayaan ibu dlm tgjwb terhadap semua.. Walau apapun, ibu ingin psannn , marilah kita kejar kejayaan hidup sebagai hamba Allah!Itu kejayaan yang hakiki!

Kuliah Membina Blog

Alhamdulillah, akhirnya aku hadir juga di laman blog ini, tanpa di duga dan disangka..setelah 3 jam mencuba untuk membina blog sendiri bagi memenuhi tuntutan kuliah sebagai prasyarat menduduki ujian amali Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Biarpun situasi ini amat menyulitkan, tetap terasa keindahannya apabila setiap langkah yang diikuti membuahkan hasil..Terima kasih yang tidak terhingga buat semua sahabat PGSRBM IPGM Kampus Hulu Kinta yang sentiasa bersedia membantu..Semoga kita dapat mengakhiri kuliah ini dengan kejayaan yang cemerlang..