Sabtu, 11 Disember 2010

BMM3105-PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

Alhamdulillah, 10.12.10 hadir jua dan kami, para pelajar PGSRBM telah berjaya mengadakan satu pameran yang menghidangkan hasil dapatan sepanjang kuliah P&P BM berbantukan komputer. Terdapat 5 kiosk yang menampilkan bahan penghasilan kuliah amali iaitu Tapak Pembelajaran, Blog, Movie Maker, Brosur dan 'Newsletter' serta Skype. Pameran ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Melayu iaitu Doktor Shaharuddin b Shaari. Pensyarah pembimbing ialah Tn Hj Ayob b Salleh, En Khairulanuar b Ismail dan En Mohd Taufik b Hj Ahmed. Rakan pelajar PGSR Bahasa Tamil dan Muzik turut hadir manyaksikan pameran yang diadakan dalam keadaan yang begitu mendesak. Terima kasih buat semua yang telah berusaha semaksima mungkin dalam menjayakan pameran ini. Semoga segala yang telah kita laksanakan akan diberi pertimbangan wajar untuk menentukan pencapaian sebenar kita dalam amali BMM3105....  

BMM3105-UJIAN AMALI

Alhamdulillah..pada  2.30 ptg. 9 Disember 2010 yang lalu seramai 25 pelatih PGSRBM IPG Kampus Ipoh telah menduduki Ujian Amali P&P BM berbantukan komputer..selama 3 jam di Makmal Bahasa kampus. Rasa macam nak beku jari jemari menekan segala butang di papan kekunci untuk menyempurnakan tugasan. Walaupun pada dasarnya subjek ini hanya memerlukan asas kemahiran komputer namun hakikat sebenarnya tidak begitu. Ini terbukti kerana bagi seorang aku yang memegang laptop kali pertama dan menggunakannya pada Disember 2008, ini bukan calang-calang ujian...Ia memerlukan kepakaran IT yang tinggi untuk menghasilkan sebuah tapak pembelajaran interaktif yang menggabungjalinkan IT dan Bahasa Melayu. Biarpun aku berjaya menghasilkan klip video tugasan dengan sendiri, namun aku tidak mampu menyempurnakan tugasan amali ini kerana aku bukan sahaja baru berjinak-jinak dengan segala keunikan IT bahkan juga baru mengenali P&P Bahasa Melayu. Bagi rakan-rakan yang jelas mengeluh dengan amali ini..moga setiap usaha kita membawa markah lulus..! Bagi yang cemerlang...tahniah! Walau apapun, aku tetap bersyukur kerana subjek BMM3105 telah menjadi satu wadah yang mendekat dan memesrakan aku dengan dunia IT. Terlalu banyak yang aku pelajari dari tunjuk ajar para pensyarah dan juga sahabat-sahabat karib.Aku mula CELIK IT! TERIMA KASIH!

Selasa, 7 Disember 2010

BMM3105 TAJUK 10

Membina Bahan Video dan Audio untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
  • Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.
  • Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.
  • Membina bahan video dan audio.
  • Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

BMM3105 TAJUK 8

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
  • Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian. 
  • Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran.

BMM3105 TAJUK 5

Membina dan menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu.
  • Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.

BMM3105 TAJUK 2

Menggunakan Internet,Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio,video,grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

BMM3105 TAJUK 1

Tajuk 1 : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu 
    • Menggunakan web, video,audio dan imej.
    • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
    • Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Selasa, 23 November 2010

Apa itu kejayaan..buatku!

Alhamdulillah,..kini aku berada dihujung Semester 4, Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah jurusan Bahasa Melayu di IPGM kampus Hulu Kinta. Bagiku , ini suatu kejayaan setelah 21 tahun mengajar. Biarpun mungkin sudah agak lewat, aku tetap bangga apabila terpilih memasuki program ini. Kejayaan..biarpun ijazah yang diimpi masih jauh untuk dijangkau! Masih ramai guru-guru di luar sana yang belum mendapat tempat untuk menyambung pengajian demi seruan kerajaan yang mahukan pendidikan di Malaysia diterajui oleh golongan pendidik yang berijazah! Untuk sampai ke tahap ini, hanya mereka yang telah melaluinya dapat menilai.. Bagi anak-anak yang juga sedang bergelut dengan kuliah, buatlah sehabis baik kerana ibu telah buktikan, ibu berjaya!.Sebagai guru..anak-anak didik di universiti telah membuktikan! Sebagai ibu.. anak2 ibu juga dah 3 orang di IPTA & IPTS..dan seorang lagi sedang berjuang dengan SPM.Sementara si puteri tunggal, akan menduduki UPSR 2011. Sebagai seorang anak.. ibu akan selalu berdoa utk kedua orangtua yang telah kembali ke rahmatullah.Sebagai isteri, rasanya abah lebih mengetahui, paling tidak,ibu berjaya hadiahkan dia dengan anak2 yang disayangi, dibanggai, dirinduinya selalu.Sebagai hamba Allah..itu masih ibu terus perjuangkan..tp anak2 n suami mungkin boleh menilai kejayaan ibu dlm tgjwb terhadap semua.. Walau apapun, ibu ingin psannn , marilah kita kejar kejayaan hidup sebagai hamba Allah!Itu kejayaan yang hakiki!

Kuliah Membina Blog

Alhamdulillah, akhirnya aku hadir juga di laman blog ini, tanpa di duga dan disangka..setelah 3 jam mencuba untuk membina blog sendiri bagi memenuhi tuntutan kuliah sebagai prasyarat menduduki ujian amali Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Biarpun situasi ini amat menyulitkan, tetap terasa keindahannya apabila setiap langkah yang diikuti membuahkan hasil..Terima kasih yang tidak terhingga buat semua sahabat PGSRBM IPGM Kampus Hulu Kinta yang sentiasa bersedia membantu..Semoga kita dapat mengakhiri kuliah ini dengan kejayaan yang cemerlang..